Bila dengar nama Cartel Coffeeshop, ramai terus terbayang cigar, mafia, gig band indie dan café hipster di hujung lorong.
Realitinya, Cartel pernah melalui fasa itu.
Tapi hari ini, di Seksyen 15 Bangi, Cartel sudah berevolusi jadi sesuatu yang lebih gah. Sebuah restoran Western fusion dengan 180 tempat duduk, seolah-olah community centre, ada café, restoran, event space dan port lepak sampai 3 pagi, tetapi kekal mesra keluarga.
Blog kali ini ialah temubual santai antara Azam Digital Marketing Solutions (AzamAzid.com) dan Tuan Akmal, pemilik utama Cartel Coffeeshop.
Asal Usul Nama & Konsep: “Dari Bong ke Family-Friendly”
“Dulu-dulu, Cartel ni memang hardcore.”
– Akmal
Akmal gelak kecil bila saya tanya, “Bro, kenapa nama Cartel? Kenapa vibe mafia?”
Beliau cerita:
- Cartel asalnya dibina oleh 15 anak muda; konsep mereka jelas, café mafia vibe, tempat artis release single.
- Band seperti Hujan, OAG, Masdo dan lain-lain pernah gunakan space ini.
- Bangunan pula dibina dari kontena, sebelah stadium, jadi feel dia memang “underground”.
Dan ya, dulu mereka siap hidang air dalam bong sampai ada orang buat laporan polis.
“Konsep masa tu nichesangat. Family takut nak datang. Mereka ada sedikit masalah dalaman. Dan kebetulan dekat dengan pejabat kami,
kami ambil alih, kekalkan nama dan sedikit mafia vibe, tapi tukar 180 darjah. Jadi family-friendly dan chill.”
Hari ini, Cartel masih ada aura edgy, lampu malap, warna emas, hitam dan cream, tapi sekarang Cartel tempat makan sedap untuk semua orang, bukan hanya niche untuk geng indie.
Apa Bezanya Cartel Dengan Café Lain di Bangi?
Kalau tanya Akmal, jawabannya ringkas:
“Servis laju, macam kedai tomyam tapi ada sistem canggih”
Di dapur, Cartel beroperasi dengan 4 station utama, setiap satu ada Kitchen Display System (KDS) sendiri:
- Deep fry & wok
- Pasta
- Grill
- Plating / window
Order masuk → terus terpapar di KDS setiap station.
Tak perlu head chef menjerit “MANA STEAK TABLE 12?!” Kalau lambat, screen akan bertukar “MERAH”.
Dari luar, Cartel nampak macam restoran biasa.
Di belakang tabir:
- Google Reserve button yang sync dengan sistem kami.
- KDS di semua station.
- Loyalty program.
- Sistem customer tagging supaya promo boleh dihantar pada segmen yang relevan sahaja.
- AI chatbot
WhatsApp → AI chatbot → Google Sheet → dashboard → follow-up
Falsafah Akmal tentang AI:
“Ya, AI pun boleh diajar. Kita letak threshold, jangan over-promise.
Kalau tak pasti, sambungkan kepada manusia. Teknologi boleh membantu, tapi masih tak boleh ganti budi bahasa manusia.”
Sistem Yang Cartel Bangga
- Prep harian:
- Berdasarkan estimated foot traffic + reservation list, baru thaw and prep untuk elakkan pembaziran & kekalkan kesegaran
- Pre-book untuk large pax:
- Pelanggan event digalakkan pre-book menu, supaya dapur siap sedia.
- Stock check bulanan:
- Pekerja wajib tulis setiap pembaziran.
- Admin pantau kos & harga barang untuk kekalkan COGS rendah.
- Event flow:
- Detail event semua di website.
- Lepas bayaran booking, team akan assign seorang staff stand-by dalam VIP room untuk jaga perjalanan majlis & masalah teknikal.
Tiga frasa yang Akmal kata paling kena dengan Cartel:
- Portion besar
- Western padu & affordable steak
- Servis laju, vibe chill
Peranan Akmal & Falsafah F&B Cartel
Secara formal, Akmal ialah business owner & top management.
“Tugas saya cari orang yang betul dengan bayaran yang betul dengan sistem yang betul, lepas tu biarkan bisnes jalan sendiri.”
Tapi dalam diam, falsafah dia sangat jelas:
Non-Negotiables at Cartel
- Tak boleh kotor.
- Berbudi bahasa dengan pelanggan.
- Tak boleh “recycle” makanan.
“Kalau patty burger atau steak tersalah buat, kita takkan simpan untuk customer lain. Juicy dia dah hilang, integrity pun hilang sekali.”
Di luar operasi:
- Team boleh pergi camping sama-sama, karaoke, gelak sama-sama.
- Tapi bila clock-in, tagline dia jelas: “Give me your best.”
Vibe Cartel: Siang, Malam & Lepas Tengah Malam
Walaupun ramai kenal Cartel sebagai kedai makan malam di Bangi yang buka sampai 3 pagi, flow harian dia ada “3 episod”.
5.00 – 9.00 malam
Suasana masih santai.
Family awal datang makan, group kecik, suasana rileks.
9.00 malam – 12.00 tengah malam
Ini waktu puncak.
- Order masuk laju.
- Staff kena cergas, POS selalu berbunyi, kitchen berasap.
- Ruang kami dengan 180 teampat duduk penuh dengan keluarga, sambutan hari jadi, pasangan dan rakan-rakan sekerja.
12.00 – 3.00 pagi
Indoor tutup, outdoor takeover.
- Lagu reggae menyapa, bintang di atas, americano di tangan.
- Inilah masa student & geng lepak ambil alih: sembang, fikir masa depan, atau sekadar healing.
“Lepas pukul 12, kita bagi student dan geng lepak rasa ‘ni tempat aku’ tanpa kacau orang lain yang dah balik tidur.”
Siapa Sebenarnya “Cartel Crowd”?
Akmal jawab terus:
“Kami fleksibel. Family, corporate, couple, solo. Semua kami layan. Pattern cuma berubah ikut masa.”
1. Family Makan Malam
- Datang dalam group besar pun tak risau, ada 180 tempat duduk.
- Anak bising sikit? No problem. “Kami buat suasana supaya orang lain tak jeling sangat. Kadang-kadang pelanggan lain siap join nyanyi lagu birthday sekali.”
2. Couple / Birthday / Anniversary
- Free surprise birthday song.
- Ada addon table deco, balloon dan Cartel juga jual kek.
- Lighting dalam VIP room boleh dimmed untuk feel “intimate”.
3. Student / Geng Lepak Sampai 3 Pagi
- Lepas 12 tengah malam, ramai anak muda.
- Duduk lama di outdoor, order ringan tapi relax.
Cartel Sebagai Community Centre
Moment yang buat Akmal rasa, “Inilah sebab Cartel wujud”?
Dia cerita tentang open house dan event lain:
“Bila buat open house, ramai datang, semua senyum.
Surprise birthday song, couple happy, family happy.
Pernah juga buat sesi greet with fans, knowledge sharing, fashion show.
Masa tu rasa, eh… kedai makan ni dah jadi community centre rupanya.”
Dapur & Menu: Dari Nasi Goreng Chicken Chop ke Pesto Pasta
Kita sentuh juga bab makanan, sebab itulah main offerings Cartel.
Akmal tak sempat jawab semua satu-persatu, tapi beberapa poin penting:
Menu Paling Laku
- Nasi Goreng Chicken Chop
- Beef Carbonara
“Tak payah fikir banyak, these are our safest options. Nothing can go wrong.”
Untuk pelanggan yang lebih adventurous:
- Pesto Pasta: hijau, aromatik, dan sedap kalau lidah ok dengan flavour basil, walnut & olive oil.
Kualiti Bahan
- Steak & patty burger guna daging import.
- Pasta pun jenama import
- QA ketat – overcooked atau tak capai standard, chef tak bagi keluar dari dapur.
Harga vs Nilai
Akmal terangkan ringkas:
“Kita ada kiraan COGS kita sendiri, tapi ada menu yang kita sengaja kurangkan margin dan dijual sedikit murah supaya lebih ramai orang boleh rasa. Terutamanya steak. Asalkan customer rasa puas dan ingat Cartel, itu lagi penting untuk jangka panjang.”
Malam Kebiasaannya
Akmal bagi walkthrough kalau dia melawat CARTEL:
- Dia akan pusing-pusing dari dapur → main dining hall → check kek cukup → naik ke rooftop → turun ke luar → buang sampah kecil yang staff terlepas pandang.
- Sambil tu, dia akan:
- Pastikan semua pelanggan dilayan.
- Tengok KDS, ada tiket merah atau tak
- Check WhatsApp / reservation, semua dah reply atau belum.
“Malam yang santai? Biasanya hari Isnin tengah bulan.”
“Malam sibuk? Bila hari gaji, weekend, atau tiba-tiba ramai staff MC.”
Bila Petir Sambar & Kedai Penuh Sampai Beratur
Akmal ketawa bila sebut “nightmare story”, tapi jawapan dia quite serious.
Bila Petir Sambar
“Bangunan kita ni di tengah-tengah tanah kosong, bukan macam bangunan komersial bertingkat-tingkat yang lain. Jadi kalau kilat sambar, risiko barangan elektrik rosak tu tinggi.”
- Peralatan paling senang rosak: router.
- Bila router mati, POS & sistem boleh sangkut.
Solusi Cartel:
- Backup router
- UPS (Uninterruptible Power Supply)
- Backup POS yang boleh offline
Bila Customer Terlalu Ramai
Akmal mengimbas dua tahun lepas:
“Dulu sampai beratur luar walaupun kita ada tempat duduk seratus lebih. sekarang kita pun perasan kuasa membeli rakyat Malaysia turun sikit.”
Tapi dulu, bila penuh:
- Mereka akan ambil nombor telefon pelanggan,
- Minta mereka tunggu di bangku tepi stadium / kawasan luar,
- Bila meja ready, kami WhatsApp terus.
Mafia Vibe tapi Hati ada taman
Walaupun nama Cartel kasar, attitude team tetap lembut.
- Staff perlu hafal menu & faham ingredients.
- Mereka diajar explain menu dengan jelas, bukan sekadar “yang ini sedap bang”.
“Mafia vibe tu cuma niche. Realitinya, kami semua peramah. Kalau hujan dan kereta jauh, kalau boleh, kami sendiri nak payungkan customer sampai ke kereta.”
Benda-benda kecil macam ni yang buat pelanggan rasa dilayan macam tetamu, bukan hanya “table number”.
Events & Buffets: Dari Birthday Kecil ke Annual Dinner 200 Pax
Fokus event Cartel bukan sekadar hiasan balloon.
Client & Event Paling Ideal
- Company annual dinner 30 pax ke atas
- Family gathering
- Corporate appreciation night
- Iftar & buffet Ramadhan
Case Study: Birthday yang Jadi Gempak
“Ada group booked VIP room untuk birthday biasa-biasa.
Kami cadangkan semua pakai baju warna sama, surprise birthday song, dim-kan lighting dalam bilik, tambah table deco & balloon.
Malam tu turned out sangat gempak, macam private mini-event, bukan sekadar makan malam biasa.”
Last-Minute Booking 50–100 Pax?
“Kalau 2 hari sebelum pun kami masih boleh cater. Chef akan bergerak pantas beli bahan, susun manpower like there’s nothing happened. This is Cartel.”
Buffet Cartel
- Struktur buffet macam full course: appetizer, main dish, side, salad, buah, dessert tapi Western fusion.
- Harga kompetitif dengan nilai yang diberi: tempat selesa, sound system, projector dan reserved parking.
- Limit pax & slot: 3 jam. Kalau terlebih sikit, kami buat tak tahu je.
Isu Service Charge
- 10% service charge. Itu standard kafe dimana-mana.
- Tapi kalau jelas servis kami tak memuaskan, boleh bawa berbincang dengan pengurus yang bertugas dan kami sedia kecualikan.
Branding & Online Presence
Visual language Cartel simple tapi konsisten:
- Heading: Playfair Display
- Body: Mulish
- Warna: Gold accent, charcoal black, light cream
Akmal sangat respect dengan brand F&B yang:
- Kekal relevan 20 tahun, banyak cawangan tapi kualiti masih terjaga.
- Jaga bahasa & sikap pekerja. Sebab bila pelayan biadab, makanan sedap pun terus rasa tawar, lepas tu dapat pula Google review buruk.
Pengajaran Pahit
Tiga perkara yang Cartel tak akan kompromi walaupun rugi sales:
- Kualiti bahan. terutamanya daging steak, pasta, dan patty daging import.
- Berbudi Bahasa dengan pelanggan.
- Kebersihan tiada kompromi.
Pengajaran buat CARTEL
Beberapa tahun lalu, Cartel pernah hampir kena tindakan tegas bila satu inspeksi mendapati longkang belakang tak ikut standard, walaupun dining area cantik, longkang terlepas pandang.
“Masa tu kami sedar, pelanggan nampak depan je, tapi pihak berkuasa nampak sampai belakang.
Sejak hari tu, kami implement daily & weekly cleaning checklist, audit dalaman, dan letak KPI kebersihan untuk semua staff.
Malam Paling Bermakna
“Antara malam paling kami ingat bila kami buat catering untuk 200 pax, makan malam Indah Water Konsortium (IWK). Naib Perdana Menteri pun datang.”
Masa Depan Cartel: 2–3 Tahun Lagi
Visi Akmal untuk 2–3 tahun akan datang:
- Brand & reputasi makin dikenali, ada beberapa cawangan, kekal imej luxury yet affordable.
- Menu & kualiti impian untuk import daging steak terus dari New Zealand tanpa orang tengah.
- Teknologi & sistem ada e-commerce, better loyalty system, dan in-house POS untuk beberapa outlet sekaligus.
- Bilangan cawangan target 2 cawangan baru dalam masa terdekat. Amin, kata Akmal.
Penutup: Sebenarnya Cartel Ini Tentang Apa?
Jadi saya tanya soalan terkahir:
“Sebenarnya Cartel Coffeeshop sebenarnya tentang apa?”
Beliau fikir sekejap, kemudian jawab:
“Pelanggan-pelanggang yang berkumpul di bawah satu bumbung,
makan makanan yang sedap, dilayan dengan hormat,
dalam suasana rumah kedua.”
“Mafia vibes tu cuma kulit. Isinya ialah keluarga & komuniti.”
Blog kali ini ialah temubual santai antara Azam Digital Marketing Solutions (AzamAzid.com) dan Tuan Akmal, pemilik utama Cartel Coffeeshop, the best cafe in Bangi.
