Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 dari kami di Cartel Coffeeshop. Kami ingin mengucapkan salam penuh kasih buat semua pelanggan, sahabat dan keluarga Cartel yang telah menyokong kami sepanjang bulan Ramadhan ini.
Sebagai tanda meraikan Syawal bersama keluarga tercinta, Cartel Coffeeshop akan ditutup sementara waktu dari 30 Mac hingga 5 April 2025. Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada 6 April 2025, dengan menu biasa dan senyuman lebih menawan 🙂
Dan supaya kamu menyempurnakan bilangan (puasa) dan membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur
Surah Al-Baqarah, 2:185
Kami amat menghargai setiap kunjungan, tempahan buffet, dan review yang anda berikan sepanjang bulan Ramadhan. Pelanggan-pelangan kami telah menjadikan Cartel lebih dari sekadar restoran, satu komuniti.

Menu dan Promo Baharu selepas Raya?
- Menu Western kembali seperti biasa
- Menu Baharu seperti Billy the Goat Burger dan Red Card Mocktail
- Tempahan Event Space di Event Hall kami dengan pakej kambing golek
- Kami akan buka seawal lunch hours dengan Lunch Set RM14.90 sahaja
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Nikmati Raya bersama keluarga tersayang, dan jumpa lagi di Cartel selepas 6 April. Kami tak sabar nak sambung serve makanan. You’re the boss!